Jumaat, 14 April 2017 | 6:00pm

Celcom tawar OPPO A57 percuma

KETUA Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Bhd, Zalman Aefendy Zainal Abidin‚Äč (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Operasi Perniagaan Celcom Axiata, Azwan Khan Osman Khan (kiri) dan Pengarah Jualan Oppo, Garry Gong menunjukkan OPPO A57 baharu yang boleh didapati secara eksklusift oleh pelanggan Celcom mulai 15 April. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd menawarkan telefon pintar OPPO A57 secara percuma dan eksklusif kepada pelanggannya bermula esok, dua minggu sebelum ia dilancarkan di Malaysia.

Pelanggan Celcom yang mendaftar untuk pelan FIRST Platinum dengan kuota internet 60GB akan menerima OPPO A57 secara percuma.

Peranti itu juga boleh didapati untuk pelanggan yang melanggan Celcom FIRST Gold Plus dengan kuota internet 40GB pada harga hanya RM399 berbanding harga jualan yang dicadangkan RM1,035.85.

Dalam usaha untuk terus menawarkan pengalaman terbaik, pelanggan Celcom FIRST Platinum dan FIRST Gold Plus kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini OPPO bersama panggilan tanpa had WhatsApp dan WeChat sebelum pelancaran rasminya.

OPPO A57 yang direka untuk swafoto terbaik turut dilengkapi dengan sensor cap jari pantas dan perkakasan berkuasa bagi meningkatkan keperluan gaya hidup pengguna.

Selain itu, peranti itu hadir dengan kamera depan 16 megapiksel, bateri tahan lama dan reka bentuk teliti OPPO.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Operasi Perniagaan Celcom Axiata, Azwan Khan Osman Khan, berkata Celcom sentiasa berada di hadapan bagi memastikan pelanggan mendapat tawaran terbaik.

Kini, katanya, pelanggan boleh memiliki OPPO A57 baharu bersama pelan data daripada Celcom FIRST.

"Kami berbesar hati bekerjasama dengan OPPO dan menawarkan peranti baharu secara eksklusif selama dua minggu kepada pelanggan Celcom," katanya.

Pelanggan boleh membeli OPPO A57 mulai esok di cawangan Blue Cube dan rakan niaga terpilih Celcom.

Info:

Pelanggan pelan FIRST Platinum dengan kuota internet 60GB akan menerima OPPO A57 secara percuma

Berita Harian X