Isnin, 5 Januari 2015 | 1:21pm
ENTRI terbaru Najib dalam laman Twitternya.

Najib terkena jangkitan E.coli, pantau bantuan banjir dari rumah

"PM @NajibRazak terkena jangkitan E.coli semasa lawat kawasan banjir. Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurutnya.

Bagaimanapun, Najib dalam tweetnya kemudian menyatakan beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir walaupun sedang berehat di rumah.

"Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah...," katanya.

E.coli ialah kependekan kepada Escherichia coli, iaitu sejenis bakteria yang umum ditemui dalam usus organisma berdarah panas. Biarpun kebanyakan jenis E.coli tidak berbahaya, ada yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius kepada manusia.

Berita Harian X