Ahad, 16 April 2017 | 5:35pm
SHARIFAH sakinah bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza menerusi telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi.

Sharifah Sakinah masih di lokasi walau sarat hamil

SHARIFAH sakinah bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza menerusi telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi.

KUALA LUMPUR: Biarpun sarat mengandung dan hanya menunggu detik melahirkan bayi sulung, pelakon Sharifah Sakinah tetap menyempurnakan komitmen menghabiskan penggambaran telefilem.

Berganding dengan Aiman Hakim Ridza, Sakinah menjayakan watak wanita hamil dalam telefilem berjudul Dengan Beetle Kami Beraya Lagi terbitan Dark Wave Pictures.

"Sepatutnya penggambaran dilakukan lebih awal. Tetapi disebabkan Aiman terikat dengan kerja lain termasuk promosi filem Kimchi Untuk Awak, penggambaran hanya dapat dilakukan sekarang.

"Sudah seminggu penggambaran bermula... mujur watak saya dalam cerita ini menjadi wanita mengandung," katanya kepada BH Online.

SHARIFAH sakinah bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza menerusi telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi.

Sakinah memberitahu, dia meletakkan syarat kepada penerbit termasuk 'orang kuat' Datuk Rafiena sebelum bersetuju berlakon dalam telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi.

"Saya minta supaya kakak tersayang, Sharifah Shahira dan teman baik, Marsha ada di sisi sepanjang penggambaran.

"Alang-alang, merekapun berlakon sekali. Jadi, kalau saya tiba-tiba rasa hendak bersalin di set penggambaran, mereka dapat membantu apa yang patut.

"Memang benar, jika diikutkan, pada bila-bila masa saya sudah boleh bersalin," katanya yang memegang watak Munirah dalam telefilem yang akan disiarkan TV1 itu.

Mengulas kejayaan membolot trofi Pelakon Wanita Terbaik melalui telefilem Redha Untukmu pada Anugerah Kaseh Tribute P Ramlee 2016 baru-baru ini, Sakinah yang sinonim dengan watak komedi, memberitahu dia hanya menunaikan amanah diberi pengarah.

"Saya cuba menjadi versatil... apa sahaja watak saya cuba galas sehabis baik mungkin. Bagi saya, watak komedi pun ada pelakon yang tak selesa melakonkannya. Jadi balik-balik muka yang sama juga dipilih.

"Saya terima tawaran berlakon komedi kerana sudah biasa untuk tidak 'control' cun atau cantik sepanjang masa," katanya.

Berita Harian X