Isnin, 17 April 2017 | 1:33am

F1: Vettel atasi Hamilton takluk GP Bahrain

PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain menewaskan dua pemandu AMG PETRONAS Mercedes, Lewis Hamilton (kiri) dan Valtteri Bottas (kanan) masing-masing di tempat kedua dan ketiga. - Foto AFP

MANAMA: Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan keduanya musim ini dengan menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain.

Pencabar utamanya, Lewis Hamilton daripada Mercedes AMG PETRONAS terpaksa berpuas hati di tangga kedua.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas yang memulakan perlumbaan di petak utama pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sakhir itu melengkapkan kedudukan podium.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Kemenangan di Bahrain menyaksikan Vettel selesa mendahului kejuaraan meninggalkan Hamilton yang turut dikenakan penalti lima saat susulan tindakannya di pit perlumbaan.

Hamilton dikenakan penalti selepas dikatakan sengaja memperlahankan jenteranya di kawasan pit bagi menghalang pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo

Ricciardo begitupun menamatkan perlumbaan di tempat kelima namun rakan sepasukannya yang juga pelumba berusia 19 tahun, Max Verstappen tersisih awal daripada perlumbaan selepas jenteranya mengalami masalah brek.

Felipe Massa menamatkan kedudukan di tangga keenam bagi pasukan Williams manakala pelumba Mexico, Sergio Perez menduduki tempat kelima untuk Force India.

Keputusan GP Bahrain

1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari), 1 jam 33:53.373 saat (s)

2. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) +6.600s

3. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) +20.397s

4. Kimi Räikkönen (FIN/Ferrari) +22.475s

5. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull-TAG Heuer) +39.346s

6. Felipe Massa (BRA/Williams-Mercedes) +54.326s

7. Sergio Pérez (MEX/Force India-Mercedes) +1:02.606s

8. Romain Grosjean (FRA/Haas-Ferrari) +1:14.865s

9. Nico Hülkenberg (GER/Renault) +1:20.188s

10. Esteban Ocon (FRA/Force India-Mercedes) +1:35.711s

11. Pascal Wehrlein (GER/Sauber-Ferrari) +1 pusingan

12. Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso-Renault) +1 pusingan

13. Jolyon Palmer (GBR/Renault) +1 pusingan

AFP

Berita Harian X