Isnin, 5 Januari 2015 | 3:46pm

KM63 Jalan Raya Timur Barat dibuka semula hari ini

GERIK: Laluan di Kilometer 63, Jalan Raya Timur Barat antara Gerik-Jeli, dekat sini dibuka semula kepada kenderaan jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah Kerja Raya Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad, berkata laluan itu dibuka semula selepas kerja-kerja pembinaan jalan lencongan siap dan pemeriksaan keselamatan akhir pagi tadi mengesahkan laluan itu selamat dilalui kenderaan.

Laluan itu terpaksa ditutup kepada lalu lintas sejak 23 Disember lalu berikutan kejadian tanah runtuh pada jam 8 malam hari berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan dua kenderaan terhumban ke dalam gaung.

Berita Harian X