Selasa, 18 April 2017 | 9:14pm
OPERASI mencari dan menyelamat seorang nelayan hilang susulan kejadian bot karam dipukul ombak besar di perairan Bagan Pasir, Tanjung Karang, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

Nelayan hilang bot dilanda ombak


OPERASI mencari dan menyelamat seorang nelayan hilang susulan kejadian bot karam dipukul ombak besar di perairan Bagan Pasir, Tanjung Karang, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

TANJONG KARANG: Seorang nelayan dilaporkan hilang manakala dua rakannya selamat selepas bot mereka karam dilanda ribut dan ombak besar kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ah Hua, 50-an bersama dua nelayan lain, Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56, dikatakan keluar menangkap ikan, di perairan Bagan Pasir di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, bot kelas B yang dinaiki tiga nelayan itu bagaimanapun dilanda angin kuat dan ombak besar sebelum karam pada jarak 3.8 batu nautika dari perairan Bagan Pasir.

"Dua mangsa terselamat dibantu nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran manakala mangsa yang dikhuatiri lemas masih dicari bersama agensi berkaitan.


OPERASI mencari dan menyelamat seorang nelayan hilang susulan kejadian bot karam dipukul ombak besar di perairan Bagan Pasir, Tanjung Karang, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

"Operasi mencari dan menyelamat diketuai Komandan Operasi, Mohd Arbain Saari dengan kekuatan lapan anggota selepas menerima laporan pada jam 2.27 petang tadi," katanya.

Satu pusat kawalan operasi bomba juga dibuka di Jeti Bagan Pasir bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Berita Harian X