Rabu, 19 April 2017 | 6:53am

UEFA: Hatrik Ronaldo bawa Real ke separuh akhir


RONALDO meraikan jaringannya ketika aksi menentang Bayern Munich pada Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol. - Foto Reuters

MADRID: Cristiano Ronaldo meledak hatrik untuk muncul pemain pertama mencipta 100 gol dalam Liga Juara-Juara sekali gus membantu Real Madrid mengatasi Bayern Munich 4-2 pada aksi kedua suku akhir.

Keputusan itu menyaksikan Real meneruskan saingan hasil kejayaan 6-3 secara agregat dan kejayaan itu turut menyaksikan juara bertahan itu layak ke separuh akhir buat kali ketujuh berturut-turut.

Bayern yang memerlukan dua gol untuk memastikan kemaraan bermula dengan baik dalam perlawanan itu.

Ia menyaksikan Real terpaksa memastikan kejayaan di masa tambahan selepas Bayern menamatkan aksi 90 minit dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Robert Lewandowski dan jaringan sendiri Sergio Ramos

Bagaimanapun, selepas Arturo Vidal dilayangkan kad merah, pada minit ke-105 Ronaldo menjaringkan gol pertama Real sekali gus meledak gol ke-100 sebelum melengkapkan hatrik lima minit selepas itu.

Marco Asensio melengkapkan malam bergaya buat Real dengan gerakan solo menarik yang dilakukannya. - AFP

Berita Harian X