Rabu, 19 April 2017 | 9:33am
PETUGAS pilihan raya bersiap sedia di pusat pengundian di mana calon gabenor, Anies Baswedan akan mengundi di Jakarta. - Foto AFP
PETUGAS pilihan raya bersiap sedia di pusat pengundian di mana calon gabenor, Anies Baswedan akan mengundi di Jakarta. - Foto AFP
PETUGAS menyusun kotak undi sebelum diedarkan ke pusat pengundian di Jakarta. - Foto Reuters
PETUGAS menyusun kotak undi sebelum diedarkan ke pusat pengundian di Jakarta. - Foto Reuters
PENGUNDI di pusat pengundian di Jakarta. - Foto AP
PENGUNDI di pusat pengundian di Jakarta. - Foto AP
PENGUNDI beratur ketika menunggu giliran untuk mengundi di Jakarta, hari ini. - Foto AFP
PENGUNDI beratur ketika menunggu giliran untuk mengundi di Jakarta, hari ini. - Foto AFP
PENGUNDI memasukkan kertas undi ke peti undi pada pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta, hari ini. - Foto AP
PENGUNDI memasukkan kertas undi ke peti undi pada pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta, hari ini. - Foto AP
PETUGAS membantu warga emas mengundi di Jakarta. - Foto AP
PETUGAS membantu warga emas mengundi di Jakarta. - Foto AP

7.2 juta penduduk Jakarta pilih gabenor baharu

SEORANG pengundi dibantu petugas pilihan raya (kiri) di Jakarta, hari ini. - Foto Reuters
SEORANG pengundi dibantu petugas pilihan raya (kiri) di Jakarta, hari ini. - Foto Reuters

JAKARTA: Penduduk di ibu kota Indonesia keluar mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta hari ini.

Pertandingan itu membabitkan calon gabenor beragama Kristian mempertahankan jawatan walaupun dibicarakan kerana menghina agama, dalam undian mencetuskan ketegangan masyarakat.

Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama berdepan pencabar beragama Islam, bekas menteri pendidikan Anies Baswedan, 47, dalam perlumbaan sengit untuk mentadbir ibu kota dengan lebih 10 juta penduduk itu.

Ahok, 50, gabenor bukan Islam pertama ibu kota itu sejak lebih 50 tahun lalu, yang juga pemimpin etnik Cina pertama memegang jawatan itu, menang pusingan pertama pada Februari lalu, namun belum cukup margin untuk mengelak pusingan kedua.

Perlumbaan itu dianggap penting kerana ahli politik menyaksikannya sebagai batu loncatan dalam pilihan raya presiden 2019, namun ia dilingkari kontroversi berikutan dakwaan Ahok menghina al-Quran.

ANIES Baswedan. - Foto AP
ANIES Baswedan. - Foto AP

BASUKI 'Ahok' Tjahaja Purnama ketika pilihan raya Gabenor Jakarta di Jakarta. - Foto Reuters
BASUKI 'Ahok' Tjahaja Purnama ketika pilihan raya Gabenor Jakarta di Jakarta. - Foto Reuters

Dakwaan itu, menarik ratusan ribu penyokong konservatif Islam di jalanan di ibu kota ini membuat bantahan besar-besaran tahun lalu dan menjurus Ahok dibicarakan atas tuduhan menghina agama dalam kes dilihat pengkritik bermotif politik.

"Ini adalah penduduk Islam majmuk Indonesia berdepan politik Islam jenis baharu yang dipengaruhi pengikut tegar," kata seorang penganalisis di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa berpusat di sini, Tobias Basuki kepada AFP.

Undian dibuka jam 7 pagi waktu tempatan Jakarta dan ditutup jam 1 tengah hari dengan lebih 7.2 juta rakyat mendaftar untuk mengundi.

Lebih 60,000 anggota keselamatan dikerahkan untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar. - AFP

PENGUNDI menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di Jakarta. - Foto AP
PENGUNDI menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di Jakarta. - Foto AP

Berita Harian X