Jumaat, 26 Mei 2017 - 9:02PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Syamsul, Puteri Sarah dapat bayi lelaki

Oleh Feride Hikmet Atak



PELAKON yang juga isteri pengarah filem Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki. - Foto Instagram Syamsul Yusoff

KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga isteri pengarah filem Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 6.32 pagi ini.

Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pantai Medical Centre, di sini.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Syamsul di akaun Instagram miliknya pagi ini.

Malah bayi itu sudah diberi nama iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

"Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikul Islam bin Mohd Shamsul.

"Marhaban ya Syaikul Islam..Marhaban..Terima  kasih isteriku, Puteri Sarah Liyana," katanya.

Syamsul turut berkongsi wajah anak sulung mereka itu dan ramai pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.


Trending

    Disyorkan