Rabu, 19 April 2017 | 2:23pm

Pelajar bunuh bayi kandung


ANGGOTA polis mengiringi suspek keluar dari bilik perbicaraan selepas pertuduhan kes membuang bayi di Mahkamah Majistret Kuching. - Foto Che Rani Che Din

PETRA JAYA: Penuntut kolej swasta Betty Kuleh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini, atas tuduhan membunuh dengan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya, pada 11 April lalu.

Tertuduh, 24, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah yang disewa di Sama Jaya Apartment di Muara Tabuan, Kuching dekat sini, kira-kira jam 6 pagi pada hari kejadian

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Belaga di Hulu Rejang.

Majistret  Zulhairil Sulaiman menetapkan 19 Mei ini sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia kes itu.

Berita Harian X