Khamis, 20 April 2017 | 12:02am

Bumbung 5 rumah rosak kena ribut

gn4id:20117461

GERIK: Bumbung lima rumah di Taman Aman, Pengkalan Hulu dekat sini rosak diterbangkan ribut, petang tadi.

Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Perak, Zairil Anuar Zulmuji, berkata pihaknya ke lokasi kejadian membantu mangsa selepas ribut melanda sekitar jam 5 petang.

Katanya, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Perak serta pihak pejabat wakil rakyat.

Sementara itu, beliau berkata satu pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Relong di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada jam 7.30 malam tadi.

Katanya, seramai 44 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan.

"Hujan lebat selama hampir tiga jam mengakibatkan air sungai melimpah dan bekalan elektrik terputus dan pihak kontraktor sedang memulihkan bekalan elektrik," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X