Sabtu, 22 April 2017 | 4:10pm

Raja Muda Selangor tanam pokok bakau

RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) beramah mesra bersama peserta program selepas menanam pokok bakau sempena Hari Bumi Sedunia dan Sambutan Jubli Emas Sekolah Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) di Pulau Ketam. - Foto Rosdan Wahid

PELABUHAN KLANG: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menanam anak pokok bakau sempena Program Bersih Bakau Pulau Ketam di sini, hari ini.

Program anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) yang turut disertai 250 peserta terdiri daripada alumni STAJ, sukarelawan dan aktivis alam sekitar itu menanam 300 anak pokok bakau.

Ia antara lain bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan usaha menanam semula pokok bakau yang dianggap khazanah negara bagi memastikan generasi masa depan mendapat faedah daripadanya.

Sementara itu, Pengerusi Alumni STAJ, Ahmad Mansor SA Abu Hassan, berkata ia adalah program tanggungjawab sosial korporat sempena Hari Bumi Sedunia 2017, yang disambut pada 22 April setiap tahun.

"Program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Hutan, pemimpin dan penduduk setempat bagi membantu merealisasikan impian untuk memulihara alam sekitar.

"Habitat flora dan fauna kebanyakannya sudah musnah disebabkan aktiviti manusia yang membawa pencemaran kepada alam sekitar," katanya.

Berita Harian X