Selasa, 6 Januari 2015 | 4:08pm

Penjenayah ditembak mati cuba serang polis di Kinarut

PAPAR: Polis menembak mati seorang penjenayah selepas menyerang anggota polis dengan parang di Kampung Madang, dekat Kinarut, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang anggota polis cedera akibat dilibas dengan parang oleh penjenayah terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian sepasukan anggota polis menjalankan serbuan di kampung berkenaan susulan maklumat dan ketika cuba ditahan, suspek menyerang polis dengan parang menyebabkan seorang anggota cedera.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.

124 dibaca
Berita Harian X