Ahad, 23 April 2017 | 9:21pm

Polis nafi dakwaan culik

LAMAN sosial Facebook yang memaparkan dakwaan kejadian culik di Sandakan semalam.

SANDAKAN: Polis menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki yang tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan sebaliknya mendapati wanita terbabit yang berusia lingkungan 20-an bertindak mengikut rakan lelakinya kerana berdepan masalah rumah tangga.

"Maklumat itu tidak benar sama sekali.

"Polis sudah menemuduga semua yang terbabit dan mangsa mengaku menghadapi masalah dengan suaminya," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Semalam, kejadian mengatakan seorang wanita diculik tiga lelaki menaiki teksi di Taman Megah, kira-kira jam 6.30 pagi menjadi viral di laman sosial.

Berita Harian X