Isnin, 24 April 2017 | 11:21am

Ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15


YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini.
- Foto oBERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

"Bismillahirrahmanirrahim, Beta Sultan Muhammad kelima bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya Beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini, Beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara." - BERNAMA

59 dibaca
Berita Harian X