Isnin, 24 April 2017 | 1:30pm

Tumpu bahas ala parlimen peringkat negeri


PESERTA dari SK Islah yang diumumkan johan pertandingan bahas Bahasa Melayu ala parlimen peringkat PPD Kota Bharu. - Foto NSTP

KOTA BHARU: Selepas muncul sebagai johan dalam pertandingan bahas Bahasa Melayu ala parlimen peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Sekolah Kebangsaan (SK) Islah terus memberi komitmen untuk persediaan ke peringkat seterusnya.

Fokus untuk mewakili PPD ke peringkat negeri yang akan diadakan di SK Sultan Ismail 3 pada 26 April ini, diperhebat memandangkan pertandingan itu masih baharu dalam kalangan pelajar sekolah rendah.


: PEMENANG bersama Nadiatul Shima (lima dari kiri), Guru Besar SK Islah, Hamidah Che Abdul Hamid dan guru sekolah berkenaan.

Penyelaras pasukan merangkap guru Bahasa Melayu sekolah terbabit, Nik Zarina Nik Kadir, berkata sebelum ini pertandingan bahas ala parlimen hanya diperkenalkan di sekolah menengah.

Namun, pertandingan semalam adalah yang pertama membabitkan murid sekolah rendah.

"Sebanyak empat sekolah menyertai pertandingan yang diadakan semalam iaitu SK Zainab 1, SK Zainab 2, Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri dan SK Islah di mana kami muncul sebagai johan''.

Berita Harian X