Rabu, 26 April 2017 | 7:00pm

Harga petrol, diesel turun

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel turun mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei ini, harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.21 seliter, iaitu penurunan sebanyak enam sen.

Harga runcit petrol RON97 pula turun lima sen kepada RM2.49 seliter manakala harga runcit diesel turun tujuh sen kepada RM2.14 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi.

44 dibaca
Berita Harian X