Khamis, 27 April 2017 | 12:10am

Pengarah The Silence of The Lambs meninggal dunia

JONATHAN Demme meninggal dunia pada usia 73 tahun. - Foto fail AP
JONATHAN Demme meninggal dunia pada usia 73 tahun. - Foto fail AP

NEW YORK : Pengarah filem Jonathan Demme yang terkenal dengan filem bergenre seram "The Silence of the Lambs" meninggal dunia pada usia 73 tahun hari ini.

Pegawai publisiti mendiang, Annalee Paulo berkata, mendiang yang juga Pengarah filem bertaraf Oscar bertajuk Philadelphia menderita kanser esofagus dan menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya.

Filem terkini arahan Demme adalah filem komedi, 'Ricki and the Flash' pada tahun 2015 dibintangi aktres terkenal Meryl Streep dengan watak seorang bintang rock yang sudah tua.

Demme, anak kelahiran New York memenangi anugerah pengarah terbaik Oscar pada tahun 1991 menerusi filem The Silence of the Lambs yang turut menggondol anugerah bagi kategori filem terbaik, pelakon lelaki terbaik (Anthony Hopkins) dan pelakon wanita terbaik (Jodie Foster). - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X