Khamis, 27 April 2017 | 10:21am

Pope Francis lawat Mesir esok


Pope Francis

VATICAN CITY: Pemimpin Roman Katolik, Pope Francis, mengunjungi Mesir esok bagi meningkatkan hubungan baik dengan penduduk Islam negara itu dan menunjukkan solidariti dengan komuniti Kristian terbesar di Asia Barat berikutan serangan di sana.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan bagi lawatan itu selepas dua pengeboman di gereja Coptic, awal bulan ini yang mengorbankan 45 orang, dengan Mesir kini diletakkan dalam keadaan darurat selama tiga bulan.

Namun, tokoh berusia 80 tahun itu, yang lebih suka bersemuka, akan menaiki kenderaan biasa dan kenderaan dijana dengan elektrik.

Dalam lawatan dua hari itu, Pope Francis akan bertemu peribadi dengan Imam Besar Masjid Al Azhar, Shaikh Ahmad Al Tayyeb, yang melawat Vatican tahun lalu, untuk mengendurkan ketegangan.

Hubungan kedua-dua agama keruh di bawah pimpinan tokoh sebelum ini, Benedict XVI, berhubung ucapannya pada 2006 yang dilihat mengaitkan Islam dengan keganasan dan sekali lagi pada 2011, mengutuk serangan ke atas gereja Coptic, yang disifatkan Al Azhar sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalam Mesir.

Universiti Al Azhar, yang dilihat sebagai pusat pengajian Sunnah utama, menganjurkan persidangan keamanan antarabangsa esok.

Pope Francis akan berucap sebagai peserta biasa, kata jurucakap Vatican, Greg Burke.

Beliau juga akan bertemu Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan menghadiri majlis dengan 1,000 tetamu. - AFP

Berita Harian X