Jumaat, 28 April 2017 | 7:30am

Tawaran pakej umrah menanti pembeli Eugenia 3


RUMAH mewah Eugenia 3 serba moden.

PARAMOUNT Property (Utara) Sdn Bhd, julung kali menawarkan pilihan hadiah berbeza serta menarik kepada pelanggannya menerusi Kempen 'Pakej Umrah dan Penjimatan Berganda' yang menyediakan nilai hadiah keseluruhan bernilai RM42,000.

Tawaran itu disediakan kepada pembeli rumah mewah berkembar dua tingkat Eugenia 3, di Bukit Banyan, Sungai Petani, Kedah.

Menurut syarikat hartanah itu, setiap pembelian satu unit rumah berkembar dua tingkat Eugenia 3, layak menerima pakej umrah bernilai RM22,000 untuk dua orang berserta rebat tunai bernilai RM20,000, menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM42,000.

"Pakej juga termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makanan," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain pakej umrah, pembeli juga berpeluang menikmati insentif tambahan seperti yuran guaman percuma yang mana ditanggung sepenuhnya oleh pemaju dan percuma setahun yuran sekuriti.

Kempen berkenaan adalah usaha promosi oleh Paramount Property (Utara) kepada pembeli lot Melayu yang membeli Eugenia 3, sekali gus melayakkan mereka menikmati pakej umrah yang ditawarkan.

Bukit Banyan adalah projek puncak bukit pertama di Sungai Petani, merangkumi tanah bukit berlereng berkeluasan 210.4 hektar meliputi pinggiran bandar Sungai Petani di Kedah.

Projek pembangunan itu turut berhampiran Hill Park berkeluasan 10 hektar dengan lapan perumahan bertema untuk penghuninya, merangkumi daripada Value Garden, Nature Play, Maze Play, Adventure Play, Childhod Play, Fun Park, Herbal Park dan Orchard Park.

Dikelilingi landskap menghijau dan dipenuhi flora, pembangunan berkenaan bakal mendekatkan penghuninya dengan alam serta mengekalkan akses kepada kemudahan serba moden.

Melengkapi suasana kehijauan tersebut adalah Taman Tema Air yang berkeluasan lapan hektar.

nfo:

  • Eugenia 3 salah satu pembangunan di Bukit Banyan.
  • Deretan perumahan terbahagi kepada lapan presint dan setiap satunya dikawal 24 jam.
dibaca
Berita Harian X