Ahad, 30 April 2017 | 10:57pm

7 keluarga hilang tempat tinggal

TUJUH rumah panjang Long Seridan musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
TUJUH rumah panjang Long Seridan musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba

MIRI: Tujuh keluarga hilang tempat tinggal apabila sederet rumah di Rumah Panjang Long Seridan, musnah terbakar petang tadi.

Sebahagian besar penghuni rumah panjang itu berada di Miri kerana menyambut Hari Keluarga sempena cuti hujung minggu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata kebakaran dipecayai bermu;la jam 6.15 petang dan api marak dengan cepat memusnahkan kediaman separuh batu itu.

Katanya, penduduk yang berehat di bahagian dapur lewat menyedari kebakaran itu.

"Adalah rutin penduduk rumah panjang selepas balik menunaikan sembahyang akan duduk di bahagian dapur untuk berehat.

"Apabila mereka menyedari kebakaran, api sudah marak dan sukar dipadamkan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bilik air dan rumah jana kuasa di bahagian belakang rumah panjang itu tidak terbakar.

Rumah panjang Long Seridan terletak jauh di pedalaman Baram dan kebiasaan penduduk menggunakan perkhidmatan udara ke Miri pada setiap Khamis.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X