Isnin, 1 Mei 2017 | 12:29am
KOLEKSI stoking Soka Lover dari Salina Collections menampilkan kelainan rekaan.  - Foto Ihsan Pembaca

Stokin tahan lasak, mudah dibawa solat


ANTARA koleksi stoking Soka Lover dari Salina Collections menampilkan kelainan rekaan. - Foto Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Keunikan stokin berkualiti dengan corak menarik bakal diketengahkan butik dalam talian, Soka Lover sempena penyertaan jenama itu sebagai pempamer Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17), di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun depan.

Menawarkan koleksi sarung kaki menggunakan fabrik selesa dan tahan lasak dengan rekaan motif comel menjanjikan tampil cantik bergaya, malah sesuai untuk dibawa bersolat.

Pengasas Salina Collections, Salina Sabtu, berkata pemakaian stokin penting untuk melindungi kaki daripada habuk, kotoran dan menyerap peluh.

Katanya, motif rekaan diketengahkan juga hasil daripada kaji selidik bersama pengedar jenama dari Indonesia bagi memenuhi cita rasa pelanggan di negara ini.

"Corak stokin bermotif alam sekitar, flora dan fauna dan abstrak menyerlahkan identiti ceria. Koleksi stokin ini selesa untuk aktiviti seharian yang menggunakan fabrik nylon spandex tebal dan tahan lasak.

"Mempunyai pelbagai saiz dan warna ini juga sesuai untuk pengguna Musimah bersolat," katanya kepada BH.

Salina berkata, setakat ini sambutan terhadap koleksi itu amat menggalakkan kerana ia didatangkan untuk pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.

"Fokus kami ialah membantu wanita yang menutup aurat, peminat sukan, ibu berpantang dan di tempat kerja berhawa dingin.

"Koleksi stokin berwarna ceria dengan motif menarik mudah dipadankan dengan personaliti wanita Muslimah yang moden dan berbeza dari segi penampilan gaya berani.

"Saya yakin stokin ini juga bakal memberi kepuasan wanita yang aktif menjalani kehidupan seharian dan berfesyen lebih sopan," katanya.

Salina berkata, selain stokin, beliau juga akan mengetengahkan 40 koleksi selendang bawal yang mudah dipakai.

"Koleksi selendang Aydeen menampilkan rekaan corak lebih segar selain penggunaan fabrik crepe yang senang dipakai.

"Untuk koleksi selendang bawal kosong pula menghimpunkan warna ceria termasuk kuning, hijau, merah jambu dan banyak lagi untuk pemakaian lebih berkeyakinan buat Muslimah," katanya

Beliau berharap pembabitan FMBH 17 membuka peluang lebih luas untuk perniagaan secara fizikal berbanding sekarang beroperasi secara dalam talian.

"Saya teruja menyertai FMBH'17 yang disifatkan sebagai batu loncatan untuknya memperkenalkan produk baharu kepada orang ramai.

Kali pertama, FMBH diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur, pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), lebih 25,000 orang.

INFO:

* Koleksi stokin Soka Lover boleh didapati di laman sosial Facebook, Soka Lover.

* Harga stokin: RM9 hingga RM19

* Harga selendang bawal: RM10 hingga RM39

* Hadiah menarik bakal ditawarkan untuk pembelian sepanjang FMBH 17 .

* Membuka peluang perniagaan menjadi ejen

Berita Harian X