Isnin, 1 Mei 2017 | 7:00am

Coca-Cola gabung variasi produk guna satu simbol

COCA-COLA mengumumkan dua perubahan besar, pertama pengenalan reka bentuk baharu kesemua rangkaian produk Coke di Malaysia, yang mana buat pertama kalinya, kesemua rangkaian produk Coke dipasarkan di bawah satu jenama - Coca-Cola.

Perubahan ini bermakna bahawa kesemua variasi produk Coca-Cola, termasuk Coca-Cola Classic, Coca-Cola Zero, Coca-Cola Light dan Vanilla Coke akan disatukan di bawah satu reka bentuk menggunakan Red Disc yang menjadi ikonnya.

Untuk itu, pengguna akan menyaksikan reka bentuk Satu Jenama (One Brand) yang baru untuk kesemua produk - dari tin dan botol minuman sehinggalah kepada papan iklan dan iklan televisyen

Kedua, adalah pelancaran Coca-Cola Zero Sugar (Coca-Cola Sifar Gula), Coca-Cola tanpa gula yang baru dan dipertingkatkan bagi menggantikan Coca-Cola Zero.

Resipi baru ini memberikan rasa hampir sama dengan Coca-Cola yang asli, tetapi tanpa gula. Coca-Cola Malaysia akan menyokong pelancaran Coca-Cola Zero Sugar dengan kempen pemasaran yang menggalakkan orang ramai merasai dan memilihnya sebagai alternatif minuman tanpa gula.

Reka Bentuk Pembungkusan Satu Jenama Baru (One Brand)

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Tish Condeno, berkata satu sebab mengapa reka bentuk baru dan strategi global Satu Jenama dilaksanakan adalah kerana warna jenama ini yang ikonik - merah Coca-Cola.

"Sejak bertahun dengan pelancaran Coke Light dan pelbagai variasi lain seperti Coke Zero, kami seperti meninggalkan warna merah Coca-Cola. Ia adalah warna istimewa kami yang sinonim dengan kesegaran dan rasa yang hebat," kata Condeno.

"Kami sedar kami berkemungkinan akan kehilangan warna ikonik itu di dalam lautan warna yang lain seperti perak dan hitam yang mana kami perlu untuk membangunkan ia kembali sebagai warna ikon jenama kami.

"Ini adalah antara sebab utama reka bentuk baru itu diilhamkan selain strategi global Satu Jenama," katanya.

Bermula Mei, empat jenis minuman cola Coca-Cola akan dipasarkan di bawah jenama utama Coca-Cola dan bukannya dipasarkan sebagai produk berasingan, bagi membolehkan Coca-Cola Zero, Coca-Cola Light dan Coca-Cola Vanilla mendapat faedah daripada penggabungan dengan Coca-Cola Classic.

Coca-Cola juga akan memaparkan kesemua variasi Coca-Cola ini di dalam iklannya, bagi membolehkan pengguna jelas dengan pilihan yang ditawarkan.

Bermula bulan ini pula, rangkaian minuman Coke akan dipaparkan dengan red disc dan percikan warna istimewanya yang amat dikenali pengguna - hitam untuk Zero, perak untuk Light dan kuning untuk Vanilla.

"Penyatuan jenama ini melalui tanda reka bentuk berkenaan adalah pertama kali dalam sejarah 130 tahun Coca-Cola yang mana identiti visual ikonik Coca-Cola dikongsi untuk kesemua produknya dalam satu cara yang cukup menonjol," tambah Condeno.

Pelancaran strategi Satu Jenama juga memperkukuh iltizam Coca-Cola dalam memperbanyakkan pilihan kepada pengguna bersandarkan komitmen syarikat dalam memastikan kesemua variasi yang ada dipaparkan dengan jelas di dalam iklan, termasuk variasi minuman tanpa gula dan rendah gula.

"Memandangkan cita rasa pengguna berkembang, begitu juga dengan rangkaian minuman kami. Kami yakin satu cara terbaik untuk kami menyokong pertumbuhan variasi minuman Coca-Cola rendah gula dan tiada gula adalah untuk meletakkannya di bawah warna ikonik Coca-Cola supaya semua produk Coke berkongsi kegemilangan yang sama," kata Condeno.

"Di bawah Satu Jenama, pengguna tidak akan lagi menyaksikan kempen penjenamaan yang berbeza bagi setiap variasi. Sebaliknya, semua iklan akan memaparkan produk Coca-Cola yang sama bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat mengenai pilihan produk Coca-Cola yang sesuai dengan cita rasa, gaya hidup dan diet mereka," katanya.

Coca-Cola Tanpa Gula yang Baru dan Dipertingkatkan

Coca-Cola Malaysia juga melancarkan produk tanpa gula yang baru dan dipertingkatkan, Coca-Cola Zero Sugar bagi menggalakkan orang ramai mencuba dan menikmati produk tanpa gula ini sebagai pilihan.

Resipi baru ini yang akan menggantikan Coca-Cola Zero, mempunyai rasa yang hampir sama dengan Coca-Cola asli (Coca-Cola Classic) tetapi tanpa gula.

Condeno berkata: "Kami sedar ramai orang menggemari rasa Coca-Cola asli. Kami juga sedar bahawa ramai dalam kalangan mereka mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi enggan mencuba variasi tanpa gula kerana mereka fikir rasanya tidak sebaik yang asli.

"Disebabkan itu, kami berasa teruja untuk melancarkan Coca-Cola Zero Sugar yang baru, yang menyamai rasa Coca-Cola asli, tetapi tanpa gula."

Sebagaimana rasanya yang dipertingkatkan serta nama yang baru - Coca-Cola Zero Sugar dibungkus selaras strategi Satu Jenama syarikat bagi membolehkan pengguna jelas bahawa minuman ini adalah tanpa gula.

Bungkusan baru Coca-Cola Zero Sugar yang baru boleh diperolehi bermula bulan Mei.

Mengenai Coca-Cola Malaysia

Sebagai tambahan kepada Coca-Cola, antara jenama terkenal di dunia, Coca-Cola Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedar lebih 40 produk (Coke Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman jus (Minute Maid Pulpy, Qoo), minuman isotonik (Aquarius), teh (Heaven and Earth), kopi (Georgia) dan air minuman (Dasani, glaceau vitaminwater). Coca-Cola memberikan kesegaran kepada rakyat Malaysia sejak lebih 80 tahun dan komited dalam mewujudkan perubahan positif yang berpanjangan kepada komuniti tempatan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Coca-Cola Malaysia layari www.coca-cola.com.my.

Disediakan bagi pihak Coca-Cola Malaysia oleh WestCoast Public Relations.

Untuk maklumat media, sila hubungi David atau Mayanne di talian 03 - 7954 4505

[email protected] / [email protected]

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X