Rabu, 7 Januari 2015 | 9:35pm
ANGGOTA polis dan pasukan penyelamat berada di luar bangunan pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris selepas tiga lelaki bersenjata raifal Kalashnikov dan pelancar roket melepaskan tembakan menyebabkan 12 orang terbunuh termasuk dua anggota polis hari ini. - Foto AFP

AS kutuk serangan di Paris, ikrar bantu buru penyerang

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengutuk serangan di pejabat sebuah akhbar mingguan Perancis yang menyebabkan 12 orang terbunuh hari ini.

"Kami di Rumah Putih bersama keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam serangan itu," kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata menyerang pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris dan membunuh sekurang-kurangnya 12 orang.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Presiden Barack Obama berkata AS berazam membantu Perancis menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Josh Earnest berkata, pegawai AS berhubung dengan pihak Perancis selepas serangan itu.

Katanya, Washington juga akan berusaha keras melindungi rakyat Amerika di dalam dan luar negara. - AFP/AP

Berita Harian X