Isnin, 1 Mei 2017 | 3:29pm

3 Naib Presiden PAS kekal

DARI kiri; Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.- Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tewas dalam perebutan jawatan nombor tiga PAS sempena Muktamar PAS Ke-63 pada kali ini.

Kekalahan Nasruddin yang juga Ketua Penerangan PAS itu sekali gus menyaksikan tiga jawatan Naib Presiden PAS kekal milik penyandang asal iaitu Idris Ahmad; Datuk Mohd Amar Abdullah serta Datuk Iskandar Abdul Samad.

Keputusan pemilihan jawatan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Wan Mutallib Embong, sebentar tadi.

Seramai 1,209 perwakilan PAS layak memilih untuk tiga slot jawatan naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2017/2019 pada muktamar kali ini yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, di sini.

Berikut senarai penuh barisan kepemimpinan PAS sesi 2017/2019 ;

Pengerusi Tetap: Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Shaari

Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

1) Idris Ahmad

2) Datuk Mohd Amar Abdullah

3) Datuk Iskandar Abdul Samad

Ketua Dewan Ulama: Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Ketua Dewan Pemuda: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Ketua Dewan Muslimat: Nuridah Salleh

AJK PAS Pusat

1) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

2) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan

3) Dr Riduan Mohd Noor

4) Datuk Mohd Nassuruddin Daud

5) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

6) Dr Najihatussolehah Ahmad

7) Dr Mohd Zuhdi Marzuki

8) Dr Halimah Ali

9) Sallehin Mukhyi

10) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi

11) Dr Rosni Adam

12) Razman Zakaria

13) Dr Azman Ibrahim

14) Mokhtar Senik

15) Kamaruzzaman Mohamad

16) Abdullah Hussin

17) Misbahul Munir Masduki

18) Muhtar Suhaili

Berita Harian X