Rabu, 3 Mei 2017 | 9:39am

Operasi antijenayah di Rio


PASUKAN bomba memadam kebakaran trak akibat dibakar kumpulan penjenayah di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto EPA

RIO DE JANEIRO: Polis tentera melancarkan operasi antijenayah besar-besaran di utara bandar raya Rio de Janeiro dengan menahan puluhan lelaki dan merampas raifal automatik.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan kumpulan penjenayah yang membakar bas awam dan membiarkan bandar raya yang menjadi hos Sukan Olimpik tahun lalu itu di ambang kemusnahan.

Operasi membabitkan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah itu bermula pagi semalam.

Menjelang tengah hari, 45 lelaki ditahan dan puluhan senjata termasuk raifal automatik dan bom tangan dirampas.

Tiga pegawai dan dua anggota kumpulan samseng turut cedera.

Sebagai membalas dendam, anggota kumpulan yang menjadi sasaran operasi membakar bas awam dan trak komersial.

Bas dibiarkan terbakar beberapa jam sepanjang lebuh raya, menghalang lalu lintas dengan asap tebal ketika helikopter tentera berlegar di udara.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. - AP

Berita Harian X