Rabu, 3 Mei 2017 | 10:16am

Trump, Putin bincang gencatan senjata di Syria


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (kiri) dan Presiden Russia, Vladimir Putin.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin, masing-masing menyuarakan hasrat melaksanakan gencatan senjata di Syria.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut membayangkan penubuhan zon selamat untuk pelarian perang di negara itu.

Mereka berhubung menerusi telefon hari ini, kali pertama sejak hubungan AS dengan Russia terjejas akibat serangan Washington ke atas pangkalan udara tentera Syria.

Mereka turut merancang mengadakan pertemuan pertama Julai ini.

Kenyataan Rumah Putih dan Kremlin menyatakan, perbualan kedua-dua pemimpin itu produktif dan turut membabitkan isu Korea Utara serta usaha memerangi pengganas di Asia Barat.

Seorang pegawai pentadbiran kanan Trump berkata, Putin mahu membuat panggilan itu dan menyifatkannya sebagai usaha menyatakan pandangannya mengenai Syria. - Reuters

146 dibaca
Berita Harian X