Khamis, 4 Mei 2017 | 10:21am

Sultan Perak rasmi Hari Anggota Bomba Sedunia 2017


SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa perbarisan di Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menghadiri Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, di sini, pagi ini.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sultan Nazrin memeriksa kawalan hormat yang disertai 99 anggota bomba lain-lain pangkat sebelum acara diteruskan dengan perarakan kontinjen perbarisan, membabitkan 27 kontinjen dan 90 unit kenderaan serta pertunjukan kebombaan.

Bertemakan 'Bomba Tonggak Penyelamatan Negara', majlis turut disertai 2,100 pegawai dan anggota bomba dari seluruh negara serta kira-kira 1,000 masyarakat setempat.

Berita Harian X