Jumaat, 5 Mei 2017 | 3:40pm
TIGA mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan jenis Perodua Viva dengan Proton Gen-2 berhampiran Stesen Minyak Petron, Lebuh Alor Gajah-Melaka TenghJasin (AMJ) Malim-Taman Cheng Bestari. - Foto Rasul Azli Samad

3 pelajar maut nahas


KEADAAN kereta Perodua Viva yang terbalik serta remuk selepas terbabit dalam kemalangan mengakibatkan tiga orang maut ditempat kejadian manakala seorang cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Stesen Minyak Petron, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengh-Jasin (AMJ) Malim-Taman Cheng Bestari. - Foto Zairee Mohd Yasak

MELAKA: Tiga pelajar maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki terbabas, sebelum terbalik di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Stesen Minyak Petron Jalan Malim, Taman Cheng Bestari, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19; Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19; dan seorang lagi yang masih belum disahkan identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah pusat bandar menghala Alor Gajah itu terbabas di pembahagi jalan, sebelum terbalik dan merempuh bahagian hadapan sebuah kereta Proton Gen 2 di laluan bertentangan.

Bagaimanapun, pemandu Proton Gen 2 itu hanya cedera.


KEADAAN kereta jenis Proton Gen-2 yang remuk selepas kejadian kemalangan dengan Perodua Viva berhampiran Stesen Minyak Petron, Lebuh Alor Gajah-Melaka TenghJasin (AMJ) Malim-Taman Cheng Bestari. - Foto Rasul Azli Samad

Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam, berkata sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.13 pagi.

"Sejurus tiba, anggota bomba mendapati dua mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan.

"Mangsa kemalangan membabitkan empat orang, bagaimanapun tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi.

293 dibaca
Berita Harian X