Ahad, 7 Mei 2017 | 2:34pm

Nidji hibur peminat di JB

KUALA LUMPUR: Sempena kelahiran album kelima, band popular dari Indonesia, Nidji akan mengadakan konsert mini, Joox Live With Nidji di Kilang Bateri, Johor Bahru, pada jam 9 malam, Khamis ini.

Selain menghimpunkan pengikut band yang menggelarkan diri mereka, Nidjiholic, konsert mini itu juga bakal meraikan ulang tahun kedua aplikasi penstriman muzik, Joox.

Band yang baru muncul dengan album berjudul Love, Fake & Friendship itu cukup teruja bertemu dengan peminat di Johor Bahru.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari jooxlivenidji.peatix.com atau hubungi agen jualan di talian 016-3312608.

Terhad untuk 200 pembelian awal, peminat berpeluang memiliki dua tiket konsert, cakera padat (CD) Love, Fake & Friendship yang ditandatangani ahli band dan langganan sebulan pakej VIP Joox.

Maklumat lanjut konsert mini ini boleh didapati di laman Joox, Facebook Joox dan Instagram Joox.my.

Berita Harian X