Ahad, 7 Mei 2017 | 4:14pm
KERETA yang dipandu remaja berusia 13 tahun yang merempuh sebuah rumah dan menyebabkan seorang warga emas maut di Kampung Baharu Banir, Tapah. - Ihsan pembaca

Maut dirempuh kereta dalam rumah

KERETA yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Pertang-Simpang Durian, Jelebu, petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

TAPAH: Seorang wanita warga emas maut akibat dirempuh kereta jiran ketika berada di ruang tamu rumahnya di Kampung Baharu Banir, Temoh, di sini petang semalam.

Mangsa Lai Kwan Lan, 82, yang parah dalam kejadian itu, meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Banun (HRPB) di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa terbunuh apabila kereta Honda Accord yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 13 tahun merempuh bahagian ruang tamu rumah mangsa.

"Remaja lelaki terbabit dipercayai mengundur kereta milik abangnya dan tertekan minyak menyebabkan kereta itu meluru laju merempuh rumah mangsa yang berhadapan dengan rumah remaja itu.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di ruang tamu cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke HRPB kira-kira jam 9 malam, tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Somsak berkata, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu menggunakan kereta milik abangnya yang ketika kejadian ke kebun dan manakala ibu bapa remaja itu berada di dalam rumah. 

"Mangsa tinggal seorang diri di rumah dan jarak antara rumah mangsa dengan jirannya itu kira-kira 20 meter," katanya.

Berita Harian X