Isnin, 8 Mei 2017 | 1:24pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima buku Blueprint Produktiviti Malaysia dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada majlis pelancaran Blueprint Produktiviti Malaysia di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PM lancar Blueprint Produktiviti Malaysia


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergambar bersama orang ramai pada majlis pelancaran Blueprint Produktiviti Malaysia di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Blueprint Produktiviti Malaysia yang dilancarkan hari ini, menyasarkan pertumbuhan minimum produktiviti buruh 3.7 peratus setahun sehingga 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peningkatan produktiviti berimpak tinggi akan menyumbang kepada aspirasi negara berpendapatan tinggi dan status 20 negara terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi pada tahun 2050.

"Blueprint Produktiviti Malaysia yang dilancarkan hari ini menggariskan lima teras strategik, 10 inisiatif nasional, 43 inisiatif sektor dan 16 perkara tindakan.

"Pelaksanaan Blueprint Produktiviti Malaysia akan dibiayai melalui sekurang-kurangnya 89 program sedia ada menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dengan peruntukan RM9.5 bilion bagi tempoh 2017 hingga 2020.

"Menerusi pelan berkenaan, kerajaan menetapkan sasaran menggandakan pertumbuhan produktiviti buruh kepada 3.7 peratus pada 2020," katanya ketika melancarkan Blueprint Produktiviti Malaysia di sini, hari ini.

Perdana Menteri yakin sasaran itu boleh dicapai hasil sokongan strategi yang betul dan mekanisme pemantauan pelaksanaan berkesan.

Berita Harian X