Isnin, 8 Mei 2017 | 4:55pm

Tunai hasrat arwah ibu


PENOLONG Pengarang Berita BH Online, Mohd Saufi Hamzah (kiri) bersama anaknya gembira melihat pencapaian anak sulungnya, Nur Iqlyma Mohd Saufi selepas majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-86 di Kampus Pulau Pinang, hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: "Ini adalah hasrat arwah ibu...Alhamdulillah, akhirnya tercapai," kata graduan jurusan Pengurusan Pelancongan, Nur Iqlyma Mohd Saufi, 22, pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-86 di Kampus Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Anak sulung tiga beradik itu berkata, beliau bersyukur kerana dapat memenuhi impian arwah ibunya, Zam Zam Md Isa, yang meninggal dunia empat tahun lalu.

Katanya, ketika hayatnya, arwah ibu sentiasa mengingatkan mereka tiga beradik supaya belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ilmu mampu memberikan kehidupan yang lebih baik.

"Nasihatnya itu yang paling diingati hingga sekarang.

"Kini, saya berjaya memiliki diploma untuk dihadiahkan kepada arwah ibu," kata anak kepada Penolong Pengarang Berita BH Online, Mohd Saufi Hamzah.

193 dibaca
Berita Harian X