Selasa, 9 Mei 2017 | 6:55pm

Draf silibus subjek alam sekitar hampir siap

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua dari kiri) dan timbalannya, Datuk Ir Hamim Samuri melawat gerai pameran sempena Seminar Biokeselamatan Kebangsaan 2017 di Putrajaya. - Foto NSTP/Samadi Ahmad

KUALA LUMPUR: Draf silibus subjek alam sekitar hampir disiapkan sebelum perbincangan Kementerian Pendidikan bagi cadangan memperkenalkan subjek berkenaan di sekolah dan peringkat pengajian tinggi.

Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

"Perbincangan lanjut akan dibuat sebaik segala urusan merangka sukatan selesai.

"Kita yakin cadangan ini akan diterima, lebih-lebih lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, amat prihatin dengan alam sekitar," katanya ketika ditemui pemberita di Hari Alam Sekitar 2017 Yayasan Sime Darby di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam.

Berita Harian X