Selasa, 9 Mei 2017 | 10:00pm

Jokowi gesa hormati keputusan mahkamah

JOKO 'Jokowi' Widodo.- Foto Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo, hari ini menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas bekas Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama, kerana menghina Islam.

"Saya meminta semua pihak menghormati proses perundangan dan keputusan yang dibacakan panel hakim, termasuk menghormati langkah diambil Basuki Tjahaja Purnama untuk memfailkan rayuan.

"Apa yang penting adalah kita semua percaya kepada mekanisme perundangan untuk menyelesaikan semua masalah dan itu sebenarnya cara negara demokratik menyelesaikan perbezaan pandangan," katanya ketika lawatan ke Papua. - REUTERS

Berita Harian X