Rabu, 10 Mei 2017 | 3:13pm
SMK Seafield mengungguli KLICC kategori remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.- Foto SMK Seafield
SMK Seafield mengungguli KLICC kategori remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.- Foto SMK Seafield

SMK Seafield, SJKC Kung Man ungguli koir antarabangsa

SMK Seafield mengungguli KLICC kategori remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. - Foto SMK Seafield
SMK Seafield mengungguli KLICC kategori remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. - Foto SMK Seafield

KUALA LUMPUR: Dua sekolah dari Selangor menguasai Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICC) masing-masing bagi kategori kanak-kanak dan remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, di sini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Subang Jaya menjuarai kategori remaja manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Man, Serdang, mengungguli kategori kanak-kanak.

Kumpulan koir Octava dari Indonesia memenangi kategori terbuka selain turut mengungguli Anugerah Khas Juri bagi kategori sama.

KETUA Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli (tengah) menyampaikan plak kepada konduktor koir SMK Seafield, Chian Ruiyi (tiga dari kakan) yang mengungguli KLICC kategori remaja di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.- Foto SMK Seafield

Tempat kedua kategori itu dimenangi Devoekaelis dari Jabatan Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebanyak 30 pasukan koir dari dalam dan luar negara berentap dalam pertandingan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori A membabitkan kanak-kanak, kategori B (remaja) dan kategori C (terbuka).

Hadirin turut terpukau dengan persembahan khas Permata Seni, Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang menampilkan bakat kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli berkata, KLICC mampu menarik lebih ramai penyertaan khususnya dari luar negara, sekali gus menjadi program tahunan dan tarikan terbaru di bandar raya ini.

Berita Harian X