Khamis, 11 Mei 2017 | 10:22pm

4 faktor UMNO parti paling berjaya - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan empat faktor utama yang dijunjung UMNO selama 71 tahun ditubuhkan, menjadikan parti itu paling berjaya di dunia dalam demokrasi yang terbuka hari ini.

Perdana Menteri berkata, dengan mendukung empat faktor itu, UMNO berjaya menyambut ulang tahun penubuhannya dengan kekuatan yang luar biasa.

"Empat faktor itu ialah UMNO tidak pernah meninggalkan asas perjuangan parti; meletakkan perjuangan parti untuk kepentingan seluruh rakyat; sentiasa relevan mengikut peredaran zaman dan mempunyai wawasan serta tindakan secara kolektif dengan parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.


DATUK Seri Najib Razak serta barisan kepimpinan UMNO berdoa semasa berucap di sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah

19 dibaca
Berita Harian X