Jumaat, 12 Mei 2017 | 10:48am

Diskaun losen kurus

ZARA Zya bersama produk Trimz.
ZARA Zya bersama produk Trimz.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya berkongsi produk pelangsingan badan, Trimz yang diformulasinya sendiri untuk dipasarkan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun depan.

Zara Zya berkata, beliau baharu sahaja mengeluarkan losen itu, kira-kira sebulan lalu dan menganggap penganjuran Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17) sesuai untuknya memperkenalkan produk itu kepada orang ramai.

"Keistimewaan losen ini mendinginkan, tidak panas memberi keselesaan kepada pemakai, membuang selulit, mencantikkan kulit dan melangsingkan badan.

PRODUK pelangsingan badan, Trimz.
PRODUK pelangsingan badan, Trimz.

Bagi potongan istimewa

"Saya akan memberi potongan harga istimewa pada pengunjung. Produk Trimz dijangka menunjukkan kesan seawal satu minggu, selamat dan dijual pada harga RM49.90.

"Setiap negeri mempunyai stokis yang mengendalikan ejen jualan di bawah mereka.

"Saya ini memang minat berniaga terutama pada acara bazar mahupun festival jualan kerana ia mampu menarik lebih ramai pengunjung," katanya kepada BH.

Pelakon utama drama Tuan Anas bersama Aaron Aziz itu berkata, selain berniaga ia juga menjadi medan terbaik berjumpa peminat sambil menjual barangan dengan lebih dekat berbanding secara dalam talian.

Pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin yang juga berlakon drama Love You Mr Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi, yakin produknya mendapat perhatian peminatnya.

Pada masa sama, beliau juga akan menjual biskut raya buatan istimewa ibu, selain tudung dan beberapa barangan lain.

"Saya gembira untuk sama memeriahkan fiesta ini kerana boleh berniaga sambil bertemu peminat, di samping menjanjikan pengalaman baharu dan menyeronokkan kerana peminat sentiasa menyokong apa juga aktiviti kita," katanya.

Berita Harian X