Sabtu, 13 Mei 2017 | 7:00am
Kebaya songket tabur rekaan Edelweiss Couture.

Potongan harga hingga 50 peratus


Fesyen peplum menjadi kegemaran remaja.

KUALA LUMPUR: Jenama pakaian Edelweiss Couture menawarkan potongan istimewa sehingga 50 peratus untuk koleksi terpilih dan baucer tunai kepada setiap pembelian tertentu di Fiesta Muslimah BH (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 hingga 4 Jun ini.

Pemiliknya, Faizah Jusof, 44, berkata semua koleksi Edelwiess boleh didapati dengan harga istimewa daripada RM200 untuk koleksi pakaian, manakala harga tudung antara RM29 dan RM59 sepanjang FMBH'17 nanti.

Beliau berkata, ketiadaan pengalaman dalam bidang keusahawanan mahu pun rekaan pakaian tidak menghalang Edelweiss Couture daripada bersaing dengan jenama lain.

Katanya, kejayaan fiesta ini sebagai platform yang memartabatkan fesyen Muslimah memberi keyakinan pada beliau untuk memperkenalkan rekaan koleksinya.

"Berdasarkan pengamatan promosi dan penganjuran FMBH yang lalu, saya tidak mahu melepaskan peluang menyertai fiesta berkenaan tahun ini.

"Jika dilihat penganjuran FMBH'17 ini adalah cukup bersesuaian sekali ketika kami usahawan baharu sedang mencari tempat untuk memasarkan produk yang dihasilkan sempena sambutan Aidilfitri.

"Sebab itu saya melihat ini adalah peluang terbaik kepada pengunjung juga kerana mereka pastinya mahukan rekaan terkini untuk dikenakan pada hari raya nanti," katanya kepada BH.

Koleksi kurang tradisional

Beliau berkata, Edelweiss Couture yang baru dipasarkan secara dalam talian April lalu, menampilkan rekaan khusus untuk Aidilfitri iaitu koleksi baju kurung tradisional dan moden selain gaun labuh, peplum serta jubah dress.

Faizah yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, semua rekaan berkenaan dihasilkan sendiri olehnya berdasarkan pemerhatian dan rujukannya di media sosial.

"Saya bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan apatah lagi bidang rekaan fesyen.

"Malah tidak pernah mempunyai latihan atau kemahiran dalam bidang fesyen kerana saya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa," katanya.

Minat industri fesyen

Beliau berkata, minat industri fesyen dan keinginan membantu suami menambahkan pendapatan keluarga di tengah keadaan ekonomi semasa menjadi titik tolak mewujudkan Edelweiss Couture ini.

Beliau berkata, selain menampilkan koleksi pakaian, Edelwiess juga mempunyai koleksi tudung dan shawl yang sedia dipakai.

Mereka yang berminat membuat tempahan gerai FMBH '17, boleh menghubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel [email protected].

Info: Edelweiss Couture

  • Mensasarkan wanita usia 25 hingga 45.

  • Gabungan tradisional dan moden.

  • Perekanya tidak pernah mendapat latihan kemahiran dalam fesyen.
  • Berita Harian X