Ahad, 14 Mei 2017 | 10:52am

Peluru berpandu kemungkinan jenis baharu - Jepun

PELURU berpandu balistik. - Foto EPA

TOKYO: Peluru berpandu yang dilepaskan Korea Utara pagi ini mencecah jarak ketinggian sehingga lebih 2,000 kilometer dan kemungkinan ia peluru berpandu jenis baharu, kata Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada.

Inada juga berkata, peluru berpandu antara benua itu dianggarkan jatuh ke Laut Jepun, kira-kira 400 kilometer dari perairan timur Korea Utara.

Awal hari ini, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari wilayah barat laut, demikian menurut tentera Korea Selatan dan laporan media.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari lokasi di Kusong, Wilayah Pyongan Utara, kata Pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan (JCS) dalam kenyataan. - REUTERS

Berita Harian X