Ahad, 14 Mei 2017 | 12:01pm
KUALA LUMPUR 29 MARCH 2017. Logo baharu Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17). NSTP/Ihsan PEMBACA

Lampu hiasan kayu berukir dari Dubai


Sebahagian koleksi lampu hiasan daripada kayu berukir keluaran HIY Engineering and Supplies Limited.NSTP

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mencari lampu dengan rekaan cantik dengan ukuran ayat suci al-Quran sebagai dekorasi menghiasi rumah mereka pada hari raya nanti boleh mengunjungi Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 2 hingga 4 Jun depan.

Bukan itu sahaja, gerai jualan hiasan dalaman HIY Engineering and Supplies Limited turut menawarkan potongan harga 20 peratus untuk semua koleksi lampu hiasan yang pasti mampu mengubah suasana kediaman menjadi lebih ceria.

Ia bukan sekadar menerangi ruang atau sudut tertentu, pemilihan lampu yang diketengahkan dari Dubai itu melengkapkan lagi dekorasi hiasan di rumah dan juga di pejabat.

Pengarah Urusan Syarikat HIY Engineering and Supplies Limited, Mhd Yazan Alsibai, berkata koleksi hiasan lampu juga menekankan rekaan yang memenuhi cita rasa dan kesesuaian masyarakat tempatan.

Katanya, bagi memberikan kelainan terdapat sesetengah koleksi juga menerapkan penggunaan ayat Al-Quran yang diukir dari Dubai.

"Kelainan motif dan reka bentuk membezakan produk ini selain mengekalkan kualiti dan nilai keindahannya yang tidak lapuk ditelan zaman.

"Konsep rekaan menitik beratkan idea rekaan lampu hiasan yang memenuhi permintaan semua pihak selain pemilihan ayat suci al-Quran untuk cita rasa orang Muslim.

"Kami mengetengahkan lima rekaan berlainan menggunakan material kayu bagi membentuk gaya klasik dan nostalgia dengan memperlihatkan hasil kraftangan yang mesra alam dan praktikal," katanya ketika dihubungi kepada BH.

Mhd Yazan berkata, rekaan bentuk praktikal mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep penataan.

Katanya, reka bentuk bulat, empat segi dan tiga segi dengan hiasan motif mencerminkan ketelitian penghasilan.

"Koleksi rekaan lampu hiasan direka menggunakan bahan semula jadi memberikan penampilan semula jadi.

"Selain ayat al-Quran, motif menarik seperti bunga-bungaan dan abstrak turut dijadikan tarikan utama khususnya ketika lampu dipasang," katanya.

Katanya, koleksi disediakan berharga serendah RM125 bergantung pada saiz dan rekaan.

"Bagi meraikan pelanggan juga membawa pelbagai aktiviti pembelian menarik dengan potongan harga bagi lampu hiasan diketengahkan kelak," katanya.

Berita Harian X