Isnin, 15 Mei 2017 | 7:40am

Real, Barcelona berentap hingga hujung saingan


KEDUDUKAN terkini sembilan pasukan teratas La Liga.

MADRID: Perebutan gelaran La Liga akan ditentukan sehingga hari terakhir musim ini selepas Real Madrid dan Barcelona masing-masing menewaskan Sevilla dan Las Palmas, untuk terus berkongsi 87 mata.

Real kekal menjadi pilihan tatkala penyandang juara Eropah itu masih berbaki dua perlawanan berbanding Barcelona - satu hasil kejayaan membenam Sevilla 4-1.

Bagaimanapun, Barca terus unggul di persada berdasarkan kelebihan rekod pertemuan, dengan ledakan hatrik Neymar membantu mereka turut mencatat kemenangan 4-1 ke atas Las Palmas.

Skuad kendalian Zinedine Zidane akan berkunjung ke Celta pada Rabu ini dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Malaga, manakala Barca menjadi tuan rumah kepada Eibar pada hari terakhir Ahad ini.

Kekalahan Sevilla di Bernabeu turut menyaksikan mereka pasti menamatkan saingan La Liga di kedudukan keempat untuk Atletico Madrid yang terikat 1-1 di Real Betis, meraih tiket automatik ke Liga Juara-Juara selepas mengesahkan tempat ketiga.

Dalam pertarungan bawahan, Sporting Gijon menyertai Granada dan Osasuna tersingkir daripada saingan utama Sepanyol itu biarpun mencatat kemenangan 1-0 di Eibar. - AFP

Berita Harian X