Isnin, 15 Mei 2017 | 11:28am

Saham AirAsia meningkat susulan pemeteraian MoU

KUALA LUMPUR: Saham AirAsia Bhd meningkat dalam dagangan sesi pagi hari ini berikutan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat penerbangan kos rendah (LCC) itu dengan dua rakan kongsi China bagi menubuhkan LCC di Zhengzhou, China.

Pada jam 10.29 pagi ini, saham AirAsia naik lima sen kepada RM3.53 dengan 2,734,300 juta saham bertukar tangan.

Dua rakan kongsi China terbabit ialah China Everbright Group dan Kumpulan Kerja Kerajaan Henan bagi menubuhkan LCC di China.

Di bawah perjanjian berkenaan, semua pihak terlibat akan mewujudkan usaha sama dikenali sebagai AirAsia (China).

AirAsia (China) akan melabur dalam infrastuktur penerbangan, termasuk terminal LCC khusus di Lapangan Terbang Zhengzhou dan sebuah akademi penerbangan bagi melatih juruterbang, kru dan jurutera serta kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi menyenggara pesawat. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X