Isnin, 15 Mei 2017 | 7:00pm

Bapa sebak terima Anugerah Anumerta

NAIB Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said,(dua dari kiri) beramah mesra bersama penerima Anugerah Anumerta, Mohd Nasir Marshan, 59, (tengah) yang mewakili anaknya, Mohd Arif Syazrel, 22, pelajar jurusan Diploma Sains Geometik (Sistem Maklumat Geografi) yang meninggal dunia dalam kemalangan sambil ditemani isteri, Noorma Me, 55, (dua dari kanan) sempena sidang Ketiga Istiadat Konvokesyen ke 86 di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi MARA (UITM) Arau. - Foto Azhar Ramli

ARAU: Seorang bapa hari ini menerima Anugerah Anumerta anaknya pada Istiadat Konvokesyen ke-86 Universiti Teknologi MARA (UiTM), cawangan Perlis.

Anugerah berkenaan dianugerahkan kepada penuntut Diploma Sains Geomatik, Mohd Arif Syazrel Nasir, 21, yang meninggal dunia tanpa sempat menamatkan pengajian.

Ia diterima Nasir Noorshan, 59, dari Semenyih, Selangor daripada Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, pada sidang ketiga graduasi, petang tadi.

Mohd Arif Syazrel meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori ketika sedang menjalani Latihan Industri di Bangi, Selangor, pada 10 Februari 2016.

Nasir melahirkan rasa gembira mewakili Allahyarham anaknya berada di atas pentas konvokesyen, namun terkilan

"Saya gembira mewakilinya berada di atas pentas konvokesyen, namun sedikit terkilan kerana arwah sudah tiada dan rancangannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak kesampaian.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga reda... Allah lebih menyayanginya," katanya yang ditemani isteri, Norma Nik, 55, serta kakak dan abang Allahyarham.

Sementara itu, seramai 1,301 graduan yang terdiri daripada 563 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 738 graduan Diploma diraikan pada majlis konvokesyen itu.

Berita Harian X