Selasa, 16 Mei 2017 | 4:15pm
KOD di lengan PATI menandakan kawasan mereka akan dihantar untuk bekerja. Foto Ihsan Briged 8 ATM.

25 PATI warga Myanmar ditahan


PATI yang ditahan diserahkan kepada polis di Balai Polis Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG: Seramai 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar ditahan Pasukan Keselamatan Tentera Darat dalam Operasi Wawasan Sektor 8 Briged, di sini.

Panglima 8 Briged, Brig Jeneral Nazari Abd Hadi, berkata semua PATI terbabit termasuk dua wanita ditahan pada jam 7.15 pagi tadi.

Katanya, selain tiada dokumen, sesetengah PATIterbabit mempunyai pengenalan diri yang meragukan.

"Kumpulan PATI dipercayai menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke Malaysia, namun tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menahan mereka sebaik sahaja bot merapati tebing sungai.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tulisan di tangan mereka yang menandakan kod kawasan mereka ini akan dihantar bekerja.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berita Harian X