Rabu, 17 Mei 2017 | 9:28am

Beli baju kanak-kanak di Fiesta Muslimah BH


MUHAMMAD Alifthaqif Osman dibenarkan keluar hospital hari ini. Kanak-kanak ini menjadi anak yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapanya maut dalam kemalangan, Ahad lalu.- Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang ingin mencari kelengkapan baju raya anak untuk sambutan Aidilfitri boleh mendapatkan pelbagai koleksi fesyen kanak-kanak di Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH17), Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 2 hingga 4 Jun ini.

Jenama pakaian kanak-kanak, Lovely NF, antara koleksi pakaian kanak-kanak yang akan berkampung selama tiga hari bersama 100 lagi gerai jualan lain berkonsepkan pasar lokal.

Tampil dua rekaan

Pengasas Lovely NF, Azidah Alimuddin, 33, berkata beliau akan menampilkan dua rekaan baju kurung moden laika pucci dan maira peplum, sesuai dengan tubuh kecil kanak-kanak yang gemar berfesyen dengan gaya ranggi.

Katanya, istimewa mengenai koleksi itu ialah menggunakan material sejuk dan selesa bersesuaian dengan dengan cuaca di negara ini seperti kain kapas Jepun serta pucci.

Menawarkan beraneka warna ceria iaitu jingga, merah jambu dan biru laut, pastinya koleksi berkenaan mencuri tumpuan kanak-kanak perempuan untuk menggayakannya pada pagi raya.

"Kami percaya karnival beli-belah itu tepat pada masanya bagi ibu bapa yang ingin mencari baju untuk anak. Menariknya sempena menyambut hari raya ini, Lovely NF menawarkan harga kombo.

"Ia meliputi kombinasi baju kurung bersama tudung kanak-kanak atau baju saja, terpulang kepada cita rasa pelanggan untuk membuat pilihan," katanya ketika dihubungi Online BH.

Azidah memilih FMBH'17 sebagai medium bagi mengetengahkan jenamanya yang selama ini dibuat secara dalam talian.

Justeru, beliau juga menggunakan peluang ini untuk bertemu dengan pelanggan dan memberi ganjaran menerusi pertandingan yang diadakan.

"Pertandingan yang dijalankan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki produk istimewa dari Lovely NF yang dilancarkan sejak Disember tahun lalu.

"Caranya mudah iaitu ambil gambar dengan produk kami dan muat naik di Instagram dengan penggunaan hastag yang akan diberitahu nanti," katanya.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bagi memeriahkan gerai jualannya antaranya penampilan model cilik yang akan menggayakan baju kurung Lovely NF.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan orang ramai mengunjungi karnival beli-belah ini untuk mendapatkan pelbagai barangan untuk keperluan raya yang disambut tidak lama lagi.

Sementara itu, beliau juga memberikan goodie bag yang mengandungi tudung kanak-kanak dan kemeja-T untuk orang ramai yang mengunjungi FMBH'17

Orang ramai yang berminat membuat tempahan gerai FMBH '17, boleh menghubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel [email protected].

INFO

FMBH 2017

* 8 artis solo dan sebuah artis berkumpulan di FMBH'17

* Artis solo adalah Mawi, Siti Nordiana, Syamel, Wany Hasrita, Amira Othman, Irfan Haris, Fina Mentor dan Tajul.

* FMBH'17 dihangatkan dengan kehadiran Caliph Buskers.

* Liza Kool FM bakal mengendalikan fiesta.

* Mawi dan Siti Nordiana akan membuka gerai jualan.

Berita Harian X