Rabu, 17 Mei 2017 | 9:01pm
KUALA LUMPUR 26 AUGUST. Ringgit Malaysia . STR/ Hafiz SohaimiHAFIZ SOHAIMI
KUALA LUMPUR 26 AUGUST. Ringgit Malaysia . STR/ Hafiz SohaimiHAFIZ SOHAIMI

Ringgit ditutup rendah, akhiri kenaikan 3 hari

KUALA LUMPUR: Peningkatan tiga hari ringgit berakhir untuk ditutup lebih rendah berbanding mata wang utama lain hari ini, berikutan pembetulan teknikal serta pengambilan keuntungan yang sederhana.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu disebut harga pada 4.3210/3250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3200/3230.

Menurut seorang peniaga, penurunan ringgit juga terkait dengan kejatuhan harga minyak hari ini.

"Harga minyak susut selepas data industri menunjukkan kenaikan mendadak dalam inventori minyak mentah AS walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak.

"Ini menyebabkan aktiviti pengambilan untung ke atas ringgit," katanya.

Minyak mentah Brent merosot sebanyak 15 cent kepada AS$51.50 setong dalam urus niaga lewat di Asia manakala minyak mentah ringan AS menurun sebanyak 26 cent kepada AS$48.40.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0977/1026 daripada 3.0903/0929 yang dicatatkan pada Selasa dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8450/8489 daripada 3.8038/8075.

Ringgit mengalami penyusutan nilai berbanding pound British kepada 5.5927/5996 daripada 5.5659/5706 dan menguncup berbanding euro kepada 4.7941/7990 daripada 4.7706/7756.

BERNAMA

Berita Harian X