Jumaat, 19 Mei 2017 | 11:56am

3 sekeluarga maut kemalangan

KEADAAN kereta dinaiki satu keluarga yang terbabas dan melanggar papan tanda arah menyebabkan tiga maut di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan. Foto ihsan PDRM
KEADAAN kereta dinaiki satu keluarga yang terbabas dan melanggar papan tanda arah menyebabkan tiga maut di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan. Foto ihsan PDRM

TEMERLOH: Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Lanchang di sini, malam tadi.

Mangsa maut dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu adalah Permai Jaafar, Norrahimah Mustafa dan Mohd Yusof Afif manakala enam lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmod, berkata kejadian berlaku apabila kereta Toyota Avanza dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar besi penanda arah.

"Siasatan mendapati satu daripada tayar kenderaan itu pecah menyebabkannya hilang kawalan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X