Jumaat, 19 Mei 2017 | 12:49pm

Ekonomi negara berkembang 5.6 peratus suku pertama 2017


DATUK Muhammad Ibrahim ketika sidang media berhubung Prestasi Economi Suku Pertama Tahun 2017 di Ibupejabat Bank Negara. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan kukuh itu disokong oleh permintaan domestik yang utuh.

Beliau berkata, pertumbuhan kukuh dicatatkan merentasi sektor utama ekonomi.

Katanya, perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu pertumbuhan.

"Penggunaan swasta disokong oleh pengembangan berterusan dalam pekerjaan dan upah.

"Pelaburan swasta dipacu oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi pada suku pertama 2017 di sini, hari ini.

Kedudukan akaun semasa terus berada dalam lebihan.

Pada suku pertama 2017, kadar purata inflasi sekitar 4.3 peratus berikutan harga bahan api yang tinggi.

23 dibaca
Berita Harian X