Jumaat, 19 Mei 2017 | 7:26pm

Polis Britain tetap tangkap pengasas WikiLeaks


Fail foto diambil pada 5 Februari 2016 menunjukkan pengasas WikiLeaks, Julian Assange bercakap dengan media dari balkoni kedutaan Ecuador di pusat bandar London. - Foto AFP

LONDON: Polis Britain akan tetap menangkap pengasas WikiLeaks, Julian Assange, kerana melanggar syarat ikat jaminnya jika beliau meninggalkan Kedutaan Ecuador.

Kenyataan dikeluarkan selepas Sweden menggugurkan siasatan rogol terhadapnya.

Kes Assange akan dirujuk kepada hakim dan boleh berhadapan hukuman penjara maksimum setahun, kata jurucakap Perkhidmatan Pendakwaan Utama (CPS).

Warga Australia itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Ecuador di London pada 2012 selepas hakim memerintahkan beliau diekstradisi ke Sweden untuk berhadapan dakwaan merogol dan menyerang secara seksual.

Polis berkata, waran tangkap dikeluarkan terhadap Assange pada 2012 selepas beliau gagal menyerah diri, menambah: "Perkhidmatan Polis Metropolitan perlu melaksanakan waran tangkap jika beliau meninggalkan kedutaan."

Assange menegaskan dakwaan itu bermotifkan politik, dan bimbang kunjung ke Sweden membuka jalan untuk beliau diekstradisi ke Amerika Syarikat berhubung pendedahan dokumen sulit tentera dan diplomatik di WikiLeaks.

Jurucakap CPS tidak dapat mengesahkan sama ada Britain menerima permohonan ekstradisi AS.

AFP

123 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »